Tuesday, 10 February 2015

BULETIN IAB MERANTAU MAYA.

SALAM SEJAHTERA.

Penerbitan Buletin IAB secara maya adalah suatu  wadah untuk menyampaikan maklumat terkini tentang Institut Aminuddin Baki dalam bentuk pemberitaan yang santai dan mudah. Melalui penerbitan maya ini  berita IAB boleh diakses dimana sahaja anda berada. Kandungan antara muka boleh dilayari melalui butang  pelayar berikut:



Secara umum BULETIN IAB adalah berkonsepkan majalah berita yang memaparkan catatan  peristiwa dan aktiviti yang berlaku di IAB,  yang dibuat secara ringkas, padat dan informatif.


Buletin IAB mengalu-alukan sumbangan berita daripada semua cawangan, pusat dan jabatan di Institut Aminuddin Baki. Sumbangan bahan berita hendaklah ditulis diantara 70- 120 perkataan. Berita hendaklah disertakan bersama dengan bahan grafik dalam format JPEG.

Semua berita yang  sampai ke meja editor akan disemak dan disunting. Hanya berita yang mempunyai nilai pemberitaan akan disiarkan.

Emelkan sumbangan  dan pertanyaan anda kepada:
swakarya2@gmail.com


Selamat  Membaca


EDITOR