SYARAHAN
PERDANA WASATIYYAH 2017
ANCAMAN LIBERALISME, RADIKALISME DAN TERORISME DALAM
DUNIA ISLAM: PENDEKATAN WASATIYYAH SEBAGAI PENYELESAIAN
Oleh: MND-Pasukan Petugas Kenegaraan Institut Aminuddin Baki
KUALA LUMPUR: 13 April 2017, Pasukan Petugas Kenegaraan Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia diberi kepercayaan dalam mengetuai Jawatankuasa Tugas-Tugas Khas yang dipimpin oleh Tn. Hj. Zulhazmi bin Zakaria bagi menjayakan Syarahan Perdana Wasatiyyah 2017 yang dianjurkan oleh Institut Wasatiyyah Malaysia, Jabatan Perdana Menteri yang berlangsung di Royal Chulan Hotel. Syarahan Perdana ini disampaikan oleh YBhg. Sheikh Dr. Mohammad bin Abdul Karim Al-Issa iaitu Setiausaha Agung Muslim World League, yang didatangkan khas dari Arab Saudi. Antara intipati syarahan yang disampaikan oleh YBhg. Sheikh Dr. Mohammad Abdul Karim Al-Issa adalah penentangan terhadap pendekatan yang salah, teori-teori palsu, golongan-golongan ekstremis agama, Islam Fobia, ancaman pengganas Da’esh, IS di dalam dunia hari ini. Oleh yang demikian, usaha ilmiah, dan interlektual harus disinergi untuk membentuk azam Islami bagi membenteras slogan, dakyah dan pendirian yang bersifat ideologi dan mazhab palsu. Azam ini akan memelihara Islam dari unsur kemazhaban yang mengancam perpaduan dan kesatuan Islam. Sebagaimana di Malaysia yang mengamalkan metode Islam secara Wasatiyyah yang jauh dari kecelaruan, perbalahan mazhab yang menjadi tunggak kepada kesatuan negara Malaysia yang membawa kepada kemajuan dan keunggulan dalam sejarah Islam itu sendiri.
Oleh: Abdul Razak Abdul Rahim, PDSP, Bandar Enstek.
Jurufoto: Siti Norhayati Mokti, PPT
Jurufoto: Siti Norhayati Mokti, PPT
TANGAN DISAMBUT KASIH BERTAUT
Oleh:
Dr Akma Hj. Abd. Hamid,
En. Bahari Bin Tajuddin & En. Mohd. Dawi Bin Ithnin
Jabatan Pengurusan Hal Ehwal Murid dan Kaunseling,
Institut Aminuddin Baki, Cawangan Genting
Highlands

Tujuan program ini adalah untuk menambahkan
pengetahuan terkini berhubung perkembangan penubuhan sekolah-sekolah
berkeperluan khas serta mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pensyarah
kanan IAB dan pihak pengurusan, guru-guru, pelajar-pelajar SBJK melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Di
samping itu dapat memberi pendedahan kepada pensyarah kanan IAB berhubung
dengan kehidupan anak-anak gelandangan yang di tempatkan di sekolah khas di
bawah KPM serta dapat meningkatkan pengetahuan dalam mengendalikan pelajar berkeperluan
khas supaya tidak tercicir daripada arus pendidikan perdana.


Selepas
taklimat dan sesi lawatan ke kelas serta temubual bersama murid-murid SBJK, sesi
pelajar bersama-sama Pensyarah Kanan IAB pula dilaksanakan. Murid-murid dibahagikan
ini kepada tiga kumpulan iaitu peringkat menengah, rendah dan pra.
Peringkat menengah dikendalikan En Mohd. Dawi
Ithnin, Pn. Chai Sai Hoon dan Dr Akma Abd. Hamid. Murid-murid tersebut diberikan
suntikan semangat berfokus kepada
potensi diri. Paling mengkagumkan walaupun tidak mendapat pendidikan penuh
seperti murid-murid sekolah harian biasa, namun ada dalam kalangan murid ini
yang mampu membaca petikan dalam Bahasa Inggeris dengan tepat dan lancar,
mereka juga mampu menterjemahkan maksud perkataan yang dibaca. Keterujaan dan
keceriaan di wajah murid-murid tersebut jelas terpancar, apabila pujian dan
dorongan diberi kepada mereka. Walaupun pada peringkat awal semua menolak
memegang pembesar suara untuk membaca petikan kata-kata motivasi yang terpapar.
Namun apabila mereka dipujuk dan diberi kata-kata semangat, sikap rendah diri,
takut dan malu mula hilang dan masing-masing mempamerkan bakat untuk membaca
petikan yang terpapar.

Kumpulan
ke tiga iaitu murid-murid pra sekolah. Pensyarah yang terlibat En Zakaria
Embong, Tuan Hj. Zain Abd. Karim, En Abdul Halim dan En. Bahari Tajuddin.
Kanak-kanak bawah tujuh tahun itu, lebih ditekankan kepada aktiviti dalam
memperkenalkan diri. Pada peringkat awal aktiviti kelihatan murid-murid kurang
aktif, mungkin kerana mereka melihat bukan guru biasa yang mereka kenal bersama
mereka tetapi keupayaan pensyarah menggunakan pendekatan memujuk bersama
aktiviti yang menarik membuatkan murid-murid ini mula aktif dan seronok dengan
aktiviti yang dijalankan.

Ketua
Jabatan JPHEMK merakamkan ucapan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam program ini terutama pihak
pengurusan, warga guru, staf, anak-anak SBJK serta
ke semua pensyarah kanan JPHEMK IAB Bandar Enstek
dan Genting Highlands yang telah memberi komitmen tinggi sepanjang program
berlangsung.
IAB JOHAN PERTANDINGAN BADMINTON MESCA 2015
Oleh:SHAWIRA B. SULAIMAN
Jabatan Pengurusan Hem dan Kaunseling
Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands

Pertandingan ini telah disertai oleh 20 pasukan
. Antara pasukan yang bertanding ialah pasukan IPG KBA, BPSM, BPK,
SSBJ, Audit,BTPV,SPT, IPG KBM, BBPA, JPT, LPM, BPG dan bahagian –
bahagian lain di dalam Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pasukan IAB telah diundi di dalam kumpulan A bersama dengan Pasukan
SPT ‘A’, IPG KBA ‘A’ dan BPSM ‘B’. Dalam pusingan awal,
Pasukan Badminton IAB telah menjadi johan kumpulan A.
Dalam perlawanan suku akhir yang dijalankan secara kalah mati,
Pasukan IAB Berjaya menewaskan Pasukan IPG KBA ‘C’ dengan keputusan 3-0.
Di peringkat separuh akhir Pasukan Badminton IAB ditentang sengit oleh
Pasukan IPG KBA ‘A’ di mana semua perlawanan berlarutan hingga ke set
penentuan. Alhamdullilah, akhirnya Pasukan IAB berjaya
menempah slot ke perlawanan akhir setelah menewaskan Pasukan IPG KBA ‘A’
dengan keputusan 2 – 1.

BOMBA PERIKSA BANGUNAN IAB oleh: PDSP, IABCGH


KEHEBATAN SEKOLAH
oleh Periasamy a/l Ramasamy , IAB BANDAR ENSTEK

Hasil kerjasama dan sokongan padu dari komuniti setempat sekolah SMKPPPTR berjaya memenangi banyak anugerah kurikulum dan kokurikulum di peringkat negeri dan kebangsaan. Sekolah SMKPPPTR juga telah berjaya membudayakan sekolah tanpa tong sampah dan mengamalkan pertukaran waktu matapelajaran tanpa membunyikan loceng. Selain itu sekolah SMKPPPTR telah mewujudkan jalinan dengan beberapa buah sekolah di peringkat antarabangsa terutama dengan Singapura. Sekolah SMKPPPTR juga mempunyai strategi untuk meningkatkan prestasi individu dan pasukan ke arah kecemerlangan pendidikan berkonsepkan “ One Family, One Vision and One Goal ”. Pada tahun 2013 sekolah SMKPPPTR telah dianugerahkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan.
KUANTAN KAMI DATANG
oleh; Faizatoen bt Hj Zulkernain &
Mohd. Amir Shaukhi bin Haji Ahmad
Pusat Penyelidikan, Penilaian
dan Teknologi Maklumat Komunikasi
Pada 3 hingga 6 Mac 2014, Pusat Penyelidikan dan
Penilaian dalam Teknologi Maklumat Komunikasi (PPTMK) telah berjaya menjalankan
program “Team Building” di BTPN
Kuantan, Pahang. Staf Ikhtisas dan Staf Sokongan bertolak ke Kuantan sama ada
dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak IAB Cawangan Genting Highlands
ataupun kenderaan sendiri pada pukul 9.00 pagi. Tujuan program ini adalah untuk
merapatkan lagi hubungan silaturahim antara staf ikhtisas baik yang senior
mahupun junior dan juga staf sokongan.

LAWATAN PENANDAARASAN
KE LEMBAGA
PEPERIKSAAN MALAYSIA(LPM)
oleh Indran
a/l Subrumanian JABATAN
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID DAN KAUNSELING (JPHEMK)
Pada 06 Februari 2014 seramai tiga belas orang pensyarah kanan JPHEMK yang diketuai oleh En. Mohd Dawi bin Ithnin (Ketua Jabatan) telah melawat Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) Putrajaya. Lawatan sehari ini berlangsung di Bilik Mesyuarat Dato’ Yaakop, Aras 7, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya. Pegawai LPM Dr. Zainuriyah binti Abdul Khatab telah memberikan maklumat yang berguna mengenai Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik di sekolah. LPM berasa bangga dengan komitmen JPHEMK dalam membantu mengendalikan pentadbiran Inventori Psikometrik akan dilaksanakan pada tahun 2014 di semua peringkat sekolah rendah dan menengah.
![]() |
Penyampaian cenderahati kepada Dr. Zainuriyah oleh En. Mohd Dawi bin Ithnin |
Di samping itu, perjumpaan kedua-dua pihak dapat mewujudkan interaksi intelek yang telah membincangkan pelbagai isu dan penyelesaian dalam pentadbiran Inventori Psikometrik.
PROGRAM PENGHAYATAN ALAM
SEMULAJADI IAB DAN JABATAN ALAM
SEKITAR
(JAS)
oleh Pusat Dokumentasi dan
Sumber Pendidikan IABGH

Pelbagai
program berbentuk pendidikan dirancang untuk tujuan ini termasuklah program
bersama sekolah di SK. Kampung Pagi, jalinan mesra Kg. Tradisional, Kg. Pagi dan
lawatan ke perkampungan asli kaum Batek. Kedudukan sekolah yang jauh terpencil di pedalaman,
amat sesuai untuk dikunjungi dalam usaha merapatkan hubungan antara pihak luar
dan komuniti setempat. Semoga akan ada lagi program sebegini anjuran IAB dapat
dilaksanakan dalam usaha merapatkan lagi hubungan antara sekolah, komuniti,
badan kerajaan yang lain.