PROGRAM LATIHAN ANTARABANGSA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MENERUSI PROGRAM LATIHAN MTCP 2015- “STRATEGIC THINKING SKILLS FOR EDUCATIONAL LEADERS”
Oleh:
Gerald Kochappan,Pengurus Program Latihan MTCP-IAB,
Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia
![]() |
bergambar di Desa Park City International School |
Bandar Enstek, 6 Jun.
![]() |
peserta MTCP di bilik latihan |
![]() |
peserta MTCP di SK King George V. |
Melalui program MTCP ini Institut
Aminuddin Baki dapat berkongsi dengan peserta yang terdiri dari pegawai-pegawai
kanan kementerian pendidikan, pegawai-pegawai pendidikan negeri dan daerah
serta pemimpin sekolah. Menerusi sesi latihan berinteraksi mengenai pelbagai
sistem pengurusan dan kepimpinan yang dapat mempertingkatkan lagi kualiti
pendidikan dinegara-negara yang sedang membangun dengan tumpuan kepada konsep
kepimpinan serta amalan pemikiran dan kemahiran strategik dalam pengurusan
pendidikan.
![]() |
peserta MTCP di bilik kuliah |
Menurut Pengarah Institut Aminuddin
Baki, Hajah Serina binti Sauni program latihan MTCP merupakan satu usaha
berterusan IAB untuk menyumbang kearah transformasi dalam pendidikan melalui perkongsian
pengetahuan dan kemahiran terkini dalam bidang kepimpinan dan pengurusan
pendidikan dengan pemimpin-pemimpin pendidikan khasnya dari negara-negara yang
sedang membangun di seluruh dunia.
IAB BERSAMA HO CHI MINH CITY OPEN UNIVERSITY (HCMCOU)
oleh:Gerald a/l Kochappan
JABATAN HUBUNGAN KERJASAMA PENDIDIKAN ANTARABANGSA
![]() Wakil IAB sedang mengadakan berbincangan dua hala dengan pihak Vietnam |
Dr. Mohamad Yusoff Mohd Nor sedang menyampaikan cenderamata kepada pihak |
Pada 14 hingga 17 Januari 2014 Dr. Mohamad Yusoff bin Mohd Nor dan Encik Gerald Kochappan telah mengadakan lawatan ke Ho Chi Minh City Open University (HCMCOU), Vietnam dengan tujuan untuk memupuk kerjasama dan membina jaringan kolaborasi. Pada hari pertama perbincangan di antara IAB dengan Rektor HCMCOU Dr Nguyen Van Phuc dan Timbalan Rektor Encik Hua Van Duc tertumpu kepada peranan IAB dalam transformsi PPPM dan program latihan di KPM. Selain itu, pihak HCMCOU telah berbincang tentang peluang untuk kerjasama dalam penyelidikan dan latihan dengan IAB. Pada hari kedua pula Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan dan Latihan Vietnam, Hon. Huu Tuyet telah mengadakan perbincangan di pejabat MOET untuk mengukuhkan kerjasama yang sedia ada menerusi program-program latihan seperti MTCP dan JWG Malaysia-Vietnam. Pihak MOET juga bersetuju untuk berkongsi pengalaman dan strategi kejayaan dalam PISA. Diharapkan hubungan kolaboratif ini akan berpanjangan selama-lamanya serta memberi faedah kepada kedua-dua pihak.
LAWATAN PENANDAARASAN PENGURUSAN RISIKO ERT IAB
BUKIT TINGGI / PADANG, INDONESIA
oleh: Aziah
binti Samichan
Pada 27
Februari 2014 – 02 Mac 2014, seramai 24 orang pensyarah yang diketuai
oleh En. Wan Ghazali bin Wan Din iaitu Emergency Response Team (ERT) IAB telah
membuat lawatan Penandaarasan Pengurusan Risiko di Padang dan Bukit Tinggi
Indonesia. Lawatan pada kali ini
agak mencabar kerana pesawat tidak dapat mendarat di Lapangan Terbang Padang,
Indonesia kerana jerebu yang tebal. Pesawat terpaksa berpatah balik ke
Malaysia dan kami terpaksa menunggu untuk penerbangan seterusnya pada hari berikutnya. Akibatnya,
lawatan yang sepatutnya diadakan selama 4 hari telah dipendekkan serta jadual yang telah dirancang tidak dapat diikuti sepenuhnya. Lawatan pertama ERT ialah di SMP Kota Padang,
Indonesia. Berada seharian di sini amat
bermakna kerana kami mendapat ilmu hasil perkongsian daripada pemimpin sekolah ini, telah
membuka minda khususnya jika sesebuah sekolah berhadapan dengan sebarang
bencana. Lawatan kedua diteruskan di Badan Penanggulan Bencana Sumatera Barat,
Indonesia.
Badan ini berfungsi menangani
bencana alam di semua daerah iaitu sebelum terjadi (pencegahan dan
kesiapsagaan); keadaan kecemasan dan logistik ; rehabilitasi dan rekonstruksi . Jelasnya, lawatan penandaarasan pengurusan risiko ERT ke Padang dan Bukit
Tinggi telah memberi pendedahan dari
segi amalan terbaik jika berlaku sebarang bencana.
![]() |
Rombongan
ERT IAB bergambar di atas bangunan sekolah yang berfungsi sebagai tempat
berkumpul jika berlaku sebarang bencana
|
PEMIMPIN PENDIDIKAN AUSTRALIA
DI IAB BANDAR ENSTEK
oleh:Gerald
a/l Kochappan
JABATAN HUBUNGAN KERJASAMA PENDIDIKAN
ANTARABANGSA
![]() |
Pegawai IAB bersama rombongan delegasi Australia |
Seramai 11
orang pemimpin pendidikan yang diketuai oleh Cik Rebecca Clairns dari Education Foundation (AEF) Melbourne, Australia
telah mengadakan lawatan kerja ke
Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek
pada 03 Julai 2014. Objektif utama lawatan ini adalah sebagai
perkongsian maklumat mengenai kepakaran program latihan IAB yang berkaitan dengan
pengurusan dan pentadbiran pemimpin pendidikan.
![]() |
Delegasi Australia mendengar taklimat dari pegawai IAB |
Rombongan disambut dan diberi
penerangan oleh Encik Mazlan bin Samsudin Timbalan Pengarah Khidmat Latihan dan
Dr. Hajah Rusmini Binti Ku Ahmad Ketua Pusat Pembangunan Organisasi, Tuan Syed
Mohamed Al Adros Bin Tuan Muning Pendaftar IAB dan Encik Gerald Kochappan yang
mewakili JHKPA IAB. Selain itu, delegasi dari Australia ini juga telah mengadakan
lawatan sambil belajar ke Kolej Tunku Khursiah Bandar Enstek sebelum pulang ke
Kuala Lumpur.
LAWATAN DELEGASI INDONESIA KE IAB
Disediakan
oleh: Gerald a/l Kochappan JABATAN HUBUNGAN KERJASAMA
PENDIDIKAN ANTARABANGSA
Seramai 48 orang pemimpin pendidikan yang terdiri daripada pengetua dan
guru besar dari SMP Kabupaten Padang Pariaman Sumatera Barat, Indonesia telah
mengadakan lawatan sambil belajar ke IAB Bandar Enstek, Nilai pada 16 Oktober 2014. Delegasi tersebut
diketuai oleh Dato Yernizen, Kepala
Dinas, Dinas Kabupaten Padang Pariaman, Sumatera Barat. Objektif utama adalah
untuk berkongsi kepakaran dan maklumat program latihan IAB untuk pemimpin-pemimpin
pendidikan. Delegasi disambut dan diberi penerangan oleh
pensyarah-pensyarah Jabatan Kerjasama dan Hubungan Antarabangsa IAB. Pengarah
IAB, YH Dato’ Haji Khairil Bin Haji Awang turut bersama dan membantu menjayakan sesi perbincangan.
![]() |
Pengarah IAB YH Dato’ Haji Khairil Bin Haji Awang menerangkan sesuatu pada delegasi Indonesia |
Selain itu, delegasi Indonesia telah melawat ke SMK King George V,
Seremban untuk penandaarasan serta
perkongsian maklumat dengan pihak pengurusan sekolah sebelum mereka
meneruskan perjalanan mereka ke Melaka dan Johor. Lawatan kerja delegasi dari Sumatera
Barat, Indonesia dijayakan dengan kerjasama dari BDHA KPM, Kedutaan Besar
Republik Indonesia Kuala Lumpur dan IAB Bandar Enstek.
![]() |
Delegasi Indonesia
bersama Pengarah IAB |
LAWATAN MAJLIS GURU BESAR (MGB) SEBERANG PERAI TENGAH PULAU PINANG
oleh: PDSP, IAB Cawangan Genting Highlands

KOLABORASI IAB DAN
UPSI
Oleh: Norhayati binti Aziz @
Esa
Jabatan Bahasa dan Komunikasi Pendidikan
