PERHIMPUNAN BULANAN MEI DISAMBUT MERIAH
Oleh: Abdul Razak Abdul Rahim,PDSP, IAB Bandar Enstek
Jurufoto: Siti Norhayati Mokti, PPT
SEMINAR PENULISAN DAN
PENERBITAN 2015:
Oleh: Abdul
Razak Abdul Rahim,PDSP, IAB Bandar Enstek
Jurufoto:
Siti Norhayati Mokti, PPT
Bandar Enstek 7 April 2015:
Seramai lebih daripada 130 peserta telah menghadiri seminar penulisan dan
penerbitan IAB yang telah berlansung di Auditorium Perdana, Institut Aminuddin
Baki, Kompleks Pendidikan Nilai. Seminar
yang bertemakan ‘Penerbitan Berkualiti
Melonjak Kecemerlangan Organisasi’ telah dihadiri oleh pensyarah-pensyarah IAB,
pensyarah-pensyarah IPGM, ELTEC, Politeknik dan guru- guru daripada beberapa
buah sekolah di Nilai, Negeri Sembilan. Dalam seminar tersebut sebanyak
tiga pembentangan telah dibuat. Pembentangan
pertama bertajuk Penerbitan alternatif di Malaysia, pembentangan kedua Isu-isu
Penerbitan di Malaysia dan Peluang
Menerbitkan Buku di PTS publication
dan pembentangan ketiga Penerbitan dan
Penterjemahan Berkualiti dan Peluang
Penerbitan di Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).
Beliau juga menekankan ITBM
sangat mengalu-alukan manuskrip yang bersifat ilmiah kerana ia selaras dengan
kewujudan ITBM bagi memartabatkan karya tempatan melalui terjemahan dan menerbitkan karya-karya asli bagi edaran
di dalam negara dan luar negara. Beliau menjelaskan ITBM banyak membeli hak
penerbitan daripada penerbit buku
terbitan luar negara dan diterbitkan semula di Malaysia dalam bentuk karya
terjemahan.
Pengarah Hajah Rashidah binti Md Arif bagi merasmikan Seminar Penerbitan 2015. Pada majlis yang sama Buletin IAB maya telah dilancarkan.
MAJLIS DINNER TALK BERSAMA TIMBALAN
MENTERI PENDIDIKAN II
Oleh: Aziah binti Samichan,
Ketua
Jabatan Penerbitan Dan Dokumentasi,Institut Aminuddin Baki
Cawangan Genting Highlands
Cawangan Genting Highlands
Genting Highlands, 1 April 2015. Sekali lagi Dewan Besar IABCGH
menjadi saksi peristiwa penting apabila YB P.Kamalanathan a/l P.Panchanathan,
Timbalan Menteri Pendidikan II hadir pada Majlis Dinner Talk anjuran
bersama IABCGH dan peserta NPQEL ambilan 1/2015. Majlis ini diadakan
bagi memberi peluang kepada para peserta untuk menguruskan sesuatu
majlis berskala besar secara praktikal dengan mengamalkan terus semua
teori yang dipelajari sepanjang latihan di Fasa 1 dan awal Fasa 2 ini.
Seperti yang tertulis pada aturcara
majlis, YB P. Kamalanathan berarak masuk
ke Dewan Besar IABCGH tepat jam 8.00 malam diiringi oleh Hjh. Rashidah Md.
Arif, Timbalan Pengarah Khidmat Latihan menjalankan tugas pengarah
IAB, Dr. Hj. Ahmad Rafee bin Che Kassim, pengarah IABCGH dan barisan
pengurusan tertinggi IABCGH. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata apabila
melihat para peserta NPQEL begitu teruja kerana berpeluang untuk beramah mesra dengan YB
secara langsung sepanjang menuju ke meja makan utama.
Acara malam itu telah dimulakan dengan Lagu NegaraKu dan diikuti oleh lagu negeri
Pahang. Bagi memberkati majlis , bacaan doa telah disampaikan oleh
Ustaz Tn. Hj. Mat bin Berahim dan seterusnya para tetamu
menikmati makan malam. Majlis diserikan lagi dengan persembahan
Montaj yang memuatkan pelbagai aktiviti peserta NPQEL 1/2015
daripada Fasa 1 dan sebahagian Fasa 2.
Majlis diteruskan dengan menjemput Yang
Berusaha Puan Hajah Rashidah binti Md.Arif untuk
memberi ucapan alu-aluan. Dimulakan dengan sekalung ucapan
tahniah khusus buat semua peserta NPQEL 1/2015 kerana telah berjaya
menamatkan pra syarat NPQEL iaitu program penandaarasan selama dua minggu di
sekolah penandaarasan dan e-pembelajaran fasa 1.
Beliau telah menjelaskan keperluan pemimpin sekolah berkelulusan
NPQEL memandangkan pada tahun 2016 sahaja, seramai 1099
pengetua dan guru besar akan bersara wajib. Maka dengan itu, adalah
menjadi harapan IAB agar peserta program NPQEL ini dapat menggantikan
perjawatan tersebut sebagai seorang pengetua atau guru besar yang berkualiti,
berfikiran strategik dan mengamalkan kepimpinan instruksional. Menjelang
2016, IAB optimis untuk melahirkan seramai 1600 graduan NPQEL sebagai
persediaan menangani defisit perjawatan ini.

Klimaks kepada majlis itu adalah mendengar amanat daripada Yang
Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan II. Perkara pertama yang
disentuh oleh beliau ialah amalan BELAJAR dan TERUS BELAJAR. Menjadikan dirinya
sebagai contoh, walaupun telah dilantik ke jawatan sekarang,
sebagai Timbalan Menteri Pendidikan II, beliau masih belajar untuk
mendalami bidang pendidikan sebagai portfolionya. Malah inilah juga
amanat yang diberikan oleh Menteri Pendidikan kepada beliau
yang menyatakan bahawa beliau (Tan Sri) juga masih belajar
sehingga sekarang.
YB turut Memetik kata-kata Nora Roberts “Jika kamu tidak
mengejar apa yang kamu inginkan maka kamu tidak akan memilikinya. Jika
kamu tidak bertanya, maka jawapannya tidak. Jika kamu tidak mengambil
langkah maju, maka kamu selalu berada di tempat yang sama. “Petikan
kata-kata ini juga menekankan bahawa kita sebagai manusia perlu
belajar dan terus teruslah belajar.

Seterusnya beliau menyatakan, sekolah yang diimpikan pada hari
ini ialah sekolah yang menyediakan pendidikan bertaraf dunia dan berkeupayaan
untuk melahirkan modal insan yang mindanya “ world class” supaya
kita mampu bersaing dengan negara-negara maju. Kepimpinan sekolah di Negara
kita juga memainkan peranan penting ke arah pencetusan kreativiti dan inovasi
dalam kalangan warga sekolah, bagi menjana transformasi pendidikan
negara. Malah pemimpin adalah golongan yang mampu merencanakan hala
tuju masa depan organisasi yang dipimpin serta berwawasan dan bermotivasi
tinggi. Visi dan Misi harus sentiasa diingati, disebut
berulang-ulang kali sehingga sebati di dalam diri yang sentiasa dihayati.
YB turut memetik pendapat Peter M. Senge dalam buku The
Fifth Discipline yang mengatakan, “kumpulan yang berjaya
biasanya mereka yang mengamalkan perkongsian visi. Perkongsian visi
mampu menaikkan semangat dan menjadikan manusia sanggup berkorban bagi mencapai
amatlamat yang lebih tinggi. Ia menghilangkan semangat keakuan dalam diri
seseorang dan sebagai gantinya melahirkan semangat kekitaan.”

Selain itu, beliau tidak lupa mengingatkan para
peserta NPQEL mengenai tugas hakiki di sekolah atau organisasi masing-masing
supaya melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh
komitmen, jujur dan amanah serta jangan mengabaikan tanggungjawab kepada
keluarga masing-masing.
Sebelum mengakhiri amanat, YB merakamkan ucapan
syabas dan tahniah kepada jawatankuasa pelaksana dinner talk yang
telah bekerja keras bagi menjayakan majlis. Begitu juga kepada semua peserta
kursus NPQEL 1/2015 agar terus berusaha melengkapkan diri menjadi suri teladan
dan rujukan kepada para guru di samping berkebolehan untuk menginterprestasikan
perubahan dalam sekolah. Usaha dan semangat yang kental dan
berterusan jika digembeling secara bersepadu dan tersusun melalui konteks
budaya dan tradisi akan mampu menjayakan hasrat dan aspirasi mentransformasikan
pendidikan Negara seperti yang diungkapkan dalam PPPM.
MAJLIS MERAIKAN TKKPM MERIAH
Oleh: Abdul Razak Abdul Rahim, IAB Enstek


IAB TERIMA BUKU PUSAT SUMBER
Oleh: Abdul Razak Abdul Rahim, PDSP,IAB Enstek
Buku- buku yang diterima daripada pembekal mengandungi
pelbagai bidang disiplin
ilmu seperti pengurusan dan
kepimpinan pendidikan, coaching dan mentoring, falsafah, kenegaraan, kaunseling,
kewangan, pentadbiran pejabat, penyelidikan, , pendidikan, politik, agama, dan sebagainya. Dijangkakan apabila
buku selesai melalui proses
teknik dan ditempatkan di rak
terbuka ia akan menjadi sumber rujukan penting dalam kalangan peserta
kursus dan pensyarah- pensyarah IAB.
KOLOKIUM PPB PEMIMPIN SEKOLAH: PEMBITARAAN PEMIMPIN
PENDIDIKAN KALI PERTAMA TAHUN 2014
oleh:Hamsiah binti Mohd Dahalan
Jabatan Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan
Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Hiighlands
![]() |
Datuk Dr. Amin bin Senin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia |
Kolokium Pembangunan Profesionalisme Berterusan
(PPB) Pemimpin Sekolah: Pembitaraan Pemimpin Pendidikan Kali Pertama Tahun 2014
yang bertemakan “Perkongsian Pintar: Ke arah Kebitaraan dan Legasi Pemimpin
Pendidikan” telah diadakan pada 19 hingga 21 Oktober 2014 di Institut Aminuddin
Baki Bandar Enstek. Kolokium ini telah ,dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin, Timbalan
Ketua Pengarah Pelajaran Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan.
Seramai 20 orang pengetua berprestasi tinggi yang telah menamatkan dengan jaya
lima fasa Modul Kursus Pembitaraan Pemimpin Pendidikan (From Great To Excellent Educational Leaders Course(GrEEL) yang
diadakan dari 6 April 2014 hingga 3 Oktober 2014.
![]() |
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia melawat tapak pameran |
Majlis kolokium
diserikan dengan pembentangan kertas kerja dan pameran pelaksanaan projek serta
Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)
telah mendapat sambutan daripada hadirin. Diharapkan pemimpin sekolah dapat
mengaplikasi dan mengadaptasi pengetahuan dan kemahiran baharu dalam membuat
inovasi ke arah sekolah unggul.
LAWATAN KERJA YB. DATO' SERI
IDRIS JUSOH KE IABCGH
Oleh: PDSP IAB Cawangan Genting Highlands
IAB Cawangan
Genting Highlands sangat bertuah kerana dikunjungi oleh Menteri Pendidikan II
iaitu YB Dato' Seri Idris bin Jusoh pada 27 Oktober 2014. Ketibaan Dato' Seri sekitar jam 3.00 petang telah disambut oleh barisan pengurusan tertinggi IAB
diketuai oleh Pengarah IAB YH Dato' Hj. Khairil bin Hj. Awang terus ke
Auditorium Dato ' Razali Ismail untuk sesi Majlis Amanat kepada peserta NPQEL
Ambilan 2/2014.
![]() |
YB Dato’ Seri Idris Jusoh memberi ucapan kepada peserta NPQEL 2/2014 |
Sesi taklimat diakhiri dengan harapan oleh
Dato' Seri agar IAB akan terus mengorak langkah untuk penjenamaan semula IAB agar
terus relevan dengan tuntutan arus perdana dunia pendidikan. Tanggungjawab ini
perlu digalas oleh setiap warga IAB dalam memastikan kelangsungan fungsi selama
ini akan terus berkekalan bak kata pepatah sakit sama mengaduh, luka sama
menyiuk [Sama-sama ikut bertanggungjawab].