CAWANGAN

PERSARAAN ITU BENAR

Oleh:
Aziah Samichan,
Ketua Jabatan,Jabatan Penerbitan Dan Dokumentasi

Institut Aminuddin Baki, Cawangan Genting Highlands




Genting Highlands, 26.02.2016: Bertempat di Auditorium Dato Razali Ismali  IABCawangan Genting Highlands satu majlis meraikan persaraan Puan Pengarah Hajah Serina binti Sauni dan lima pensyarah IABCGH  iaitu Dr. Tan Siew Eng, Pn. Parimala a/p Thanabalasingam, Dr. Gurcharan Singh Bishen Singh, Pn. Khalijah Ibrahim dan Encik  Samsudin bin Salleh telah diraikan sempena majlis persaraan mereka.

Hajah Serina Hj Sauni, Pengarah IAB bergambar kenangan
dengan pensyarah -pensyarah IABCGH yang bersara



Majlis ini telah  berlangsung dalam suasana melankolik,  dan dapat dirasakan dari saat bacaan doa yang dilafazkan oleh Encik Zulkiflee Jalil hinggalah majlis ini berakhir dengan penyampaian cenderamata kepada Puan Pengarah Hajah Serina binti Sauni serta pensyarah –pensyarah yang diraikan. Tiada satu detik pun kecuali perasaan pilu dan hiba sepanjang majlis itu. Majlis disusuli dengan tayangan montaj serta ucapan akhir setiap rakan-rakan yang bersara. Ketika ucapan disampaikan sayup kedengaran esak halus dari warga IABCGH kerana banyak kenangan yang telah dikongsi sepanjang berkhidmat di IAB.  Pengarah IAB juga telah merakamkan  ucapan tahniah kepada pasukan pembina montaj kerana  menghasilkan motaj yang benar-benar menggamit rasa syahdu setiap yang menghayatinya. Memetik ucapan Tuan Pengarah IABCGH, yang hilang akan berganti,  yang patah akan tumbuh kembali namun yang  pastinya  tidak akan sama dengan yang asal. Sesungguhnya IAB akan merasa kehilangan  para pensyarah ini kerana jasa bakti dan pengalaman yang luas. Majlis diakhiri dengan  ucapan daripada pengarah IAB yang sempat mengingatkan  berkaitan dengan hala tuju IAB selepas ini supaya setiap warga IAB bersiap siaga dengan tuntutan masa hadapan memandangkan IAB menghampiri usia ke 40 tahun pada tahun 2019.
 
Timbalan Pengarah IAB CGH menyapaikan cenderamata kepada
Pengarah IAB

Pengarah IAB menyampaikan Sijil Persaraan
kepada Dr  Gurcharan Singh Bishen Singh

Beliau  menekankan pada usia jubli delima IAB itu nanti,  kewujudan IAB perlu dilihat semakin  relevan sesuai dengan kerencaman dunia pendidikan pada masa kini dan masa hadapan.  IAB  sesungguhnya merakamkan  ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang akan bersara dan beliau  sempat mengusik dengan kenyataan bahawa SESUNGGUHNYA PERSARAAN ITU BENAR. Beliau juga menyatakan persaraan  bukanlah titik akhir kerjaya malah titik mula fasa baru yang terus cemerlang.Seluruh warga IABCGH merakamkan setinggi –tinggi penghargaan kepada Puan Pengarah IAB kerana kesudian beliau hadir ke majlis ini dan mengucapkan selamat bersara kepada semua yang terlibat
Pengarah IAB menyampaikan Sijil Persaraan 
kepada Dr Tan Siew Eng
Pengarah IAB menyampaikan Sijil Persaraan 
kepada En Shamsuddin bin Selleh

Pengarah IAB menyampaikan Sijil Persaraan 
kepada Pn Khalijah Ibrahim





Persijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) : Tahniah IABU!


Oleh: Adz Jamros binti Jamali
Ketua Jawatankuasa Promosi
Amalan EKSA, IABU



Pada 1 Mac 2015 Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara (IABU) telah menerima berita yang dinanti-nantikan sejak audit pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri. Setelah hampir empat tahun menanti dan bertungkus-lumus  untuk mewujudkan ekosistem institusi yang kondusif maka IABU telah menerima pengiktirafan persijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) kategori cemerlang daripada pihak MAMPU yang berkuatkuasa dari 15 Februari 2015 hingga 14 Februari 2017. Tahniah kepada Pengarah, Timbalan Pengarah, Jawatankuasa Induk Amalan EKSA IABU, ahli-ahli Zon Transformasional, Zon Instruksional, Zon Partisipatif, Zon Demokratik dan Zon Transaksional serta warga IABU.


Sebelum  itu, pada 4 dan 5 Februari 2015 yang lalu, IABU telah dikunjungi dua orang auditor yang diketuai oleh Encik Ahmad Najme bin Muhammad dan Encik Hishamudin bin Ahmad untuk melaksanakan pengauditan EKSA di IABU. Beberapa teguran penambahbaikan telah diterima daripada kedua-dua auditor tersebut. Penambahbaikan dilakukan akhirnya IABU berjaya menepati kriteria yang dikehendaki. Usaha gigih dan semangat warga IABU yang disokong sepenuhnya oleh Pengarah IABU, Encik Mohd Zanal bin Dirin yang juga turut telah turun padang bagi memastikan kejayaan EKSA. 















SUMBANGAN PASCA BANJIR
Oleh: Aziah binti Samichan
 Jabatan Penerbitan Dan Dokumentasi,
Institut Aminuddin Baki, Cawangan Genting Highlands




Jumaat, 6 Februari .IABCGH telah mengelolakan pengumpulan sumbangan pasca banjir dalam bentuk peralatan sekolah dan wang tunai di bawah ERT dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Pengurus, pemimpin dan Eksekutif Pendidikan.


Susulan daripada itu, IABCGH telah menerima pelbagai sumbangan berupa wang, buku, alat tulis dan bahan bantu mengajar hasil usaha para peserta NPQEL. Hasil kutipan wang berjumlah RM4040 telah dikumpul daripada keseluruhan peserta NPQEL seramai 137 orang. Selain  itu  sumbangan berbentuk peralatan persekolahan disumbangkan oleh NGO dan pihak perseorangan yang diselaraskan oleh kumpulan SMG1. Seterusnya  sumbangan tersebut akan disampaikan ke sekolah-sekolah yang dikenal pasti memerlukan bantuan.
Pengurusan  IABCGH merakamkan  ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program ini. Seperti kata pepatah lama,  Apa tanda batang tebu,Batang tebu halus uratnya,Apa tanda orang berilmu, Orang berilmu halus budinya.










Kolokium Kebangsaan Kepimpinan 

Instruksional Kali Ke-10



oleh: Gu Saw Lan, 


Jabatan Dokumentasi dan Sumber Pendidikan, IAB Cawangan Utara


Lawatan ke Bilik Pameran oleh Y. Bhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof
 Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kolokium Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Kali Ke-10 telah berlangsung pada 27 - 30 April 2014 di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Jitra, Kedah. Majlis ini dirasmikan oleh Y. Bhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 28 April 2014. Kolokium tahun ini telah menghimpunkan seramai 181 orang peserta yang terdiri daripada pemimpin pendidikan dari seluruh Malaysia. Tema Kolokium kali adalah Kepimpinan Instruksional Merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Di mana beberapa kertas kerja dengan subtema seperti Melindungi Masa Instruksional, Menggalakan Pembangunan Profesional, Memantau Kemajuan Mudid, Mengupayakan Pemimpin Pelapis Sekolah dan Merealisasikan Visi dan Misi KPM  telah dibentangkan dalam kolokium itu. Selain  itu, kolokium ini juga diisi dengan satu forum yang diketuai oleh tiga orang ahli panel yang membincangkan tajuk “SIP + dan SISC: Harapan dan Cabaran Dalam Peningkatan Prestasi Sekolah”.

Peserta tekun mengambil bahagian dalam sesi soal jawab di Dewan Aminuddin Baki IAB Utara
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN

PENUTUPAN IHYA' RAMADHAN IAB 2014/1435 H  




Disediakan oleh:    PDSP IABCGH


Pada 23 Julai 2014 bersamaan 25 Ramadhan 1435H, telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran dan Penutupan Ihya' Ramadhan IAB bagi tahun 2014/1435H. Majlis dimulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang diketuai oleh Ustaz Kamal Ariffin bin Jaih, diikuti oleh ucapan wakil HALUAN Malaysia, Encik Ahmad Fisal Salleh dan ucapan perasmian penutupan oleh Timbalan Pengarah Khidmat Latihan, Encik Mazlan bin Samsudin yang mewakili Dato' Pengarah.
Pada majlis ini juga telah diserahkan sumbangan derma untuk rakyat Palestin berjumlah RM 4320.00 daripada warga IAB kepada wakil HALUAN Malaysia. 
Majlis iftar meriah dengan turut disertai oleh ahli keluarga warga IAB, diikuti Solat Maghrib, Solat Isyak dan Solat Tarawikh yang turut diselangi dengan tazkirah Ramadhan oleh Penceramah Jemputan, Ustaz Ahmad Izzuddin bin Rosman. Majlis diakhiri dengan jamuan moreh. Pihak pengurusan Jutaan  terima kasih diucapkan kepada pengurusan IAB, staf, ahli keluarga dan jemputan yang bersama-sama mengimarahkan majlis ini. 








BICARA KESARJANAAN 

(PROFESSORIAL  TALK)                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              
Oleh: ZAHARI B.AHAMAD 
Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara

Bicara Kesarjanaan (Professorial Talk) oleh Profesor Dato’ Dr. Ibrahim bin Ahmad Bajunid, Timbalan Naib Censelor INTI-Laureate International University, Malaysia  telah diadakan pada 26 Januari 2014 di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara sempena Majlis Perhimpunan Bulanan pertama.  Matlamat bicara kesarjanaan adalah untuk memberi pendedahan kepada warga IABU dan peserta-peserta NPQEL Khas  dengan pengetahuan dan dapatan baharu mengenai amalan kepimpinan dalam dunia pendidikan di Malaysia dan seluruh dunia.
Tajuk bicara kesarjanaan adalah “Kepimpinan Pendidikan Di Tepi Cenuram: Binaan Korpus Ilmu, Minda dan Ketrampilan Masa Muka”.  Program ini juga telah dihadiri oleh lebih 50 orang wakil-wakil  dari Jabatan Pendidikan Kedah, Pejabat Pendidikan Kubang Pasu , IPGM Darul Aman, Universiti Utara Malaysia, Universiti Teknologi Mara (Arau) Universiti Malaysia Perlis,  Politeknik Tunku Abdul Halim dan pengetua/ guru besar Daerah Kubang Pasu dan Kota Setar.
Ceramah ini berfokus kepada pemimpin pendidikan sebagai “pemimpin sarwajagat” yang mempunyai penghargaan kendiri (self-esteem) yang tinggi berpaksikan “six pillars iaitu  Living Consciously ( hidup secara sedar), self acceptance (menerima diri), self responsibility (ambil tanggung jawab), self assertiveness ( memhami diri) living purporsefully ( hidup bermatlamat) dan personal integrity ( integrity diri).  

Profesor Dato’ Dr. Ibrahim bin Ahmad Bajunid juga telah menyatakan tanggungjawab pemimpin pendidikan adalah untuk menjinakkan murid-murid kepada amalan-amalan yang baik, amal makruf dan nahi mungkar.  Bicara sarjana ini telah memberikan manfaat kepada hadirin terutama melalui konsep dan tafsiran kepimpinan di tepi cenuram yang telah dikupas dengan baik oleh Profesor Dato’ Dr. Ibrahim yang juga merupakan Mantan Pengarah Institut Aminuddin Baki. 










PERHIMPUNAN BULAN SEPTEMBER

DAN SAMBUTAN PENUTUPAN BULAN 


KEMERDEKAAN 


Oleh:PDSP, IABCGH                               

Perhimpunan Bulan September  IAB Cawangan Genting Highlands  kali ini agak istimewa kerana menggunakan format santai namun tetap berinformatif sesuai dengan sambutan penutupan bulan kemerdekaan serta menyokong kepada program Fit Malaysia yang dilancarkan oleh YB En. Khairy Jamaluddin semalam. Perhimpunan dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang dikendalikan oleh En. Wan Shamsuddin b. Wan Mohd Salleh  (KJ Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum) dengan matlamat agar warga IABCGH selepas ini boleh mengukur tahap kecergasan masing-masing dengan menggunakan kadar nadi sebagai indikator. Program diteruskan dengan acara  perhimpunan bulanan dan perasmian penutupan sambutan bulan kemerdekaan IABCGH.