LATIHAN

KURSUS PENULISAN ILMIAH JANA 
PENULISAN  BERMUTU

Oleh: Abdul Razak Abdul Rahim
Jabatan Penerbitan & Dokumentasi, PDSP 
Institut Aminuddin Baki.

Bandar Enstek 24 Februari: Seramai  25 orang warga pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia  telah  hadir mengikuti kursus Asas Penulisan Ilmiah yang  berlansung  selama   tiga hari, mulai 23-26 Februari  di Institut Aminuddin Baki.   Menurut pengurus kursus Cik Nor Ishsan  Ab Razak, kursus ini  telah di hadiri oleh  peserta yang terdiri daripada  pensyarah-pensyarah Institut Pendidikan Guru, Pegawai-pegawai Bahagian, pengetua  serta beberapa orang pensyarah IAB. Kursus ini bertujuan untuk  memberi  bimbingan   dan pendedahan  kepada peserta bagi menghasilkan  penulisan  ilmiah yang bermutu.
Melalui  kursus ini  perserta  diharap dapat  menghasilkan  bahan  penulisan yang mantap  sama ada  dalam  bentuk laporan, artikel atau  buku.  Kursus   ini diadakan  secara perbincagan, perkongsian pengalaman  pembentangan dan sebagainya. Sepanjang perjalanan kursus peserta telah di pimpin oleh Dr Jamilah Jafaar  yang merupakan  Ketua Pusat dan pensyarah yang  sangat pakar  dalam  bidang  penulisan  ilmiah. Diantara kandungan kursus ini  ialah Pengenalan Penulisan Ilmiah, Pemetaan Kandungan , Pendahuluan dan tinjauan literatur, metodologi , Abstrak dan Bibliografi. Sepanjang tahun  2015 kursus ini  dijalankan sebanyak   dua kali setahun. 






KURSUS CPD PEMIMPIN SEKOLAH  
            
 oleh:   Hamsiah binti Mohd Dahalan &  Periasamy a/l Ramasamy   IAB Bandar Enstek



Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)  2013 – 2025, Anjakan 5 PPPM adalah untuk memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. KPM ingin memastikan setiap sekolah mempunyai pengetua berprestasi tinggi yang berkeupayaan meningkatkan kemajuan sekolah tanpa mengira status quo sekolah berkenaan. Dalam PPPM juga ada  menegaskan  bahawa  IAB akan memastikan pengetua/guru besar akan mengikuti pelbagai program yang bersesuaian dengan tahap prestasi yang berbeza-beza. 

IAB dipertanggungjawabkan untuk menyediakan modul latihan bagi Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) untuk pemimpin sekolah (Pengetua dan Guru Besar) berdasarkan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP).