KONVENSYEN
PENDIDIKAN KENEGARAAN BERLANDASKAN PENDEKATAN WASATIYYAH 2017
Oleh: MND-Pasukan Petugas Kenegaraan Institut Aminuddin Baki
GENTING
HIGHLANDS: 28 Mac 2017, Seramai 700 Pengetua dan Guru Besar (PGB)
dari Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur menghadiri Konvensyen Pendidikan
Kenegaraan Berlandaskan Pendekatan Wasatiyyah yang julung kalinya diadakan di
Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands. Kerjasama erat antara
Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM), Jabatan Perdana Menteri dengan Institut
Aminuddin Baki (IAB) Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menjayakan
Konvensyen ini mendapat reaksi positif dari para perserta mengenai Dasar
Wasatiyyah Negara. Perasmian Konvensyen Pendidikan Kenegaraan Berlandaskan
Pendekatan Wasatiyyah yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Yusof Din iaitu
Pengarah IWM, JPM yang menjelaskan Dasar Wasatiyyah Negara dan penekanan
Prinsip 4K yang bererti Kesederhanaan, Keadilan, Keseimbangan dan Kecemerlangan
perlu diterapkan dalam semua aspek, terutamanya aspek keagamaan, pentadbiran,
pengurusan, ekonomi, pendidikan dan aspek kehidupan setiap insan. YBrs. Dr. Abd
Razak Manaf mewakili YBhg. Dr. Haji Zainal Aalam Hassan Pengarah IAB bersama
Tn. Hj. Mustaffa Kamal Osman Ketua Pasukan Petugas Kenegaraan menyerikan lagi konvensyen ini. Pembentangan kertas kerja oleh dua tokoh akademik negara iaitu
Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abd Aziz, Fello Utama IKIM dan Prof. Madya Dr. Akmal
Khuzairy Abd Rahman, Pengarah Pusat Islamisasi UIAM menjelaskan Pendekatan
Wasatiyyah dalam pendidikan di Malaysia manakala Pasukan Petugas Pendidikan
Kenegaraan IAB diberi kepercayaan dan tanggungjawab sebagai urus setia perlaksana
bagi siri-siri program Wasatiyyah yang seterusnya.
SEMINAR NASIONAL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE 23 MELABUH TIRAI
Oleh: Abdul Razak Abdul Rahim,Institut Aminuddin Baki,Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bandar Enstek 18 Ogos 2016: Selama 3 hari lebih daripada 500 peserta warga pendidikan telah menghadiri Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke 23, yang telah berlansung di Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh Tan Sri Dr Khair bin Mohammad Yusuf, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Seminar tersebut mengandungi dua Ucaptama, 12 kertas kerja, 2 perkongsian amalan terbaik dan forum. Ucaptama 1 bertajuk Delivering Education in the 21st century: Staying Relevent, telah disampaikan oleh Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia. Manakala ucaptama 2 bertajuk Kompetensi Kepimpinan Baharu dalam Menghadapi Masa Hadapan, telah dibentangkan oleh Prof Tan Sri Dato' Zulkifli Abdul Razak, dari USIM.
Forum pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang bertajuk Kepimpinan berwawasan Menerajui Gelombang kedua PPPM 2016-20120: mendepani Cabaran, dijayakan oleh Tan Sri Dato, Seri Abdul Ghafar Mahmud, En Amiruddin Bin Saudi, YDP PIBG SK Setiawangsa serta Tuan Haji Jamaluddin Yaacob, Pengerusi Majlis Pengetua Sekolah Malaysia.
Dalam seminar yang sama sebanyak 12 kertas lain telah dibentangkan mencakupi pelbagai isu berkaitan dengan tema Kepimpinan Berwawasan Menerajui Gelombang kedua PPPM 2016-20120: Mendepani cabaran, yang di bentangkan oleh Dr Jefri Idris, Dr Ahamad Hussain, En Magavarnan a/l Jagadesan, En Mohd Taufik Mohd Tasriq dan sebagainya. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Pengarah Institut Aminuddin Baki, Dr Haji Zainal Aalam bin Hassan.
MAJLIS KOMENSMEN – NPQEL 2015 CEMERLANG
Oleh: Abdul Razak Abdul
Rahim,Institut Aminuddin Baki,Kementerian Pendidikan Malaysia.
foto oleh: Jamri & Siti Norhayati Mokti, PPT
Seremban 9 Mei 2015. Satu majlis
Komensmen Institut Aminuddin Baki (IAB) bagi
meraikan graduan National Professional
Qualification for Educational Leaders (NPQEL) yang telah diadakan dengan penuh istiadat di Seri Negeri Ballroom, Royal Bintang Resort
& SPA, Seremban, Negeri Sembilan. Pada majlis tersebut seramai 1004 graduan
NPQEL ambilan 2014 telah menerima sijil tamat latihan NPQEL.
Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan dalam dua sidang. Dalam sidang
pertama yang berlansung pada sebelah pagi seramai 389 graduan telah menerima
sijil daripada Dato’ Sri Dr Khair Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia. Manakala dalam sidang kedua yang diadakan pada sebelah petang seramai 615 graduan pula telah menerima sijil
daripada Datuk Dr. Amin Senin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dalam ucapan perasmian Majlis Komenmen, KPPM
menegaskan tonggak kejayaan dan kehebatan sekolah mempunyai kaitan dengan kualiti pengurusan
dan kepimpinan pemimpin sekolah. Pelaksanaan program NPQEL adalah sejajar
dengan perkembangan pesat dalam bidang pendidikan di Malaysia dan seluruh dunia
yang memerlukan bakal pengurus dan pemimpin sekolah berpengetahuan dan
berkemahiran baharu untuk digunakan di sekolah. Program NPQEL adalah kaedah latihan yang dirangka bagi melatih dan
menghasilkan pemimpin yang berkualiti.
Majlis istiadat komensmen dimulakan
dengan acara perarakan masuk fakulti,nyayian lagu Negaraku, lagu Negeri
Sembilan dan lagu IAB. Pada majlis yang sama Pengarah IAB Puan Hajah Serina
binti Sauni telah menyampaikan ucapan alu-aluan meraikan kehadiran KPPM dan
TKPPM, pengarah- pengarah cawangan, Ketua –ketua Pusat, ketua-ketua
jabatan serta daif-daif jemputan
dan graduan penerima sijil NPQEL.
Latar Belakang NPQEL

Program NPQEL pada awalnya
dikenali sebagai Sijil Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (National
Professional Qualification for Headship [NPQH]) telah dilancarkan dengan
rasminya oleh Y.B. Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Menteri
Pelajaran pada 1 Jun 1999. Tujuan Program untuk membentuk satu kelompok
pemimpin pelapis yang bakal menerajui institusi pendidikan, khususnya sekolah,
ke tahap yang cemerlang dan terunggul dalam semua bidang pengurusan dan
kepimpinan pendidikan. Pada awal program ia dilaksanakan selama satu tahun. NPQH
1999 dirangka berdasarkan tiga faktor utama. Pertama, pengetahuan dalam bidang
pendidikan berkembang pesat di Malaysia dan di seluruh dunia. Hal itu memerlukan
bakal pentadbir sekolah di Malaysia memiliki pengetahuan dan kemahiran baru agar
selari dengan perkembangan dunia pendidikan.
Faktor kedua berkaitan pernyataan
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran pada tahun
1979 yang mengesyorkan penubuhan sebuah institusi pelajaran tempatan sebagai
pusat latihan kepada kepada
pentadbir - pentadbir sekolah dan pegawai Kementerian Pelajaran. Hal ini membawa kepada
penubuhan Institut Aminuddin Baki (IAB). Faktor
ketiga ialah pengaruh idea dan amalan berkaitan latihan profesional untuk
pentadbir-pentadbir sekolah yang diperoleh oleh pegawai tinggi KPM semasa
berkursus di luar negara dan kerangka latihan di Britain telah dirujuk untuk
menghasilkan modul Program Latihan NPQH.

Bermula tahun 2008,
program NPQH telah ditukar nama kepada NPQEL dan
Sijil NPQEL diberikan nilai taraf Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Pada 17 Mac
2011, mod pengajian NPQEL diadakan secara blended learning, iaitu secara
bersemuka (face to face) dan e-Pembelajaran dalam tempoh 5 bulan telah
diluluskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Secara keseluruhannya 20
kohort NPQEL telah dilatih dalam program
penyediaan bakal Guru Besar/Pengetua ini dengan jumlah graduan sebanyak 4343
orang. Daripada jumlah itu seramai 2167 graduan
sekolah menengah dan 2176 graduan sekolah rendah.
Kajian Impak keberkesanan program

Sebanyak 15 kajian impak
program NPQEL telah dilaksanakan oleh IAB dan bahagian-bahagian lain dalam KPM
termasuk kajian impak oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Dasar
Pendidikan (2005), telah
membuktikan bahawa kursus ini telah mampu menyediakan graduan NPQEL yang mempunyai
ilmu pengetahuan, kemahiran dan keterampilan yang diperlukan bagi mengurus
sekolah. Kajian Impak Program NPQEL Mod Baharu 2013 terhadap graduan NPQEL
menyimpulkan bahawa lulusan NPQEL mampu mengurus sekolah dengan berkesan.
Mereka lebih berkeyakinan dan berkemahiran dalam membuat keputusan,
menyelesaikan pelbagai masalah dan membuat penambahbaikan serta mengamalkan pelbagai pendekatan dalam mengurus
dan memimpin sekolah.
Sijil NPQEL prasyarat pelantikan Pengetua dan Guru Besar
Mulai 2014, Sijil
NPQEL menjadi prasyarat bagi pelantikan Pengetua dan Guru Besar seperti
mana termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Perkara
ini diwartakan dalam Syarat Baharu Pemilihan Pengetua dan Guru Besar dalam
Surat Siaran KPPM bertarikh 7 November 2013. Sehubungan dengan itu, maklumat
graduan program NPQEL serta analisis statistik telah diberikan kepada pihak
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM) KPM mengikut gred, negeri dan
jawatan bagi menyediakan barisan pemimpin pelapis pendidikan.
Nilai Tambah Sijil NPQEL
KONVENSYEN
PENDIDIKAN KENEGARAAN BERLANDASKAN PENDEKATAN WASATIYYAH 2017
Oleh: MND-Pasukan Petugas Kenegaraan Institut Aminuddin Baki
GENTING
HIGHLANDS: 28 Mac 2017, Seramai 700 Pengetua dan Guru Besar (PGB)
dari Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur menghadiri Konvensyen Pendidikan
Kenegaraan Berlandaskan Pendekatan Wasatiyyah yang julung kalinya diadakan di
Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands. Kerjasama erat antara
Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM), Jabatan Perdana Menteri dengan Institut
Aminuddin Baki (IAB) Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menjayakan
Konvensyen ini mendapat reaksi positif dari para perserta mengenai Dasar
Wasatiyyah Negara. Perasmian Konvensyen Pendidikan Kenegaraan Berlandaskan
Pendekatan Wasatiyyah yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Yusof Din iaitu
Pengarah IWM, JPM yang menjelaskan Dasar Wasatiyyah Negara dan penekanan
Prinsip 4K yang bererti Kesederhanaan, Keadilan, Keseimbangan dan Kecemerlangan
perlu diterapkan dalam semua aspek, terutamanya aspek keagamaan, pentadbiran,
pengurusan, ekonomi, pendidikan dan aspek kehidupan setiap insan. YBrs. Dr. Abd
Razak Manaf mewakili YBhg. Dr. Haji Zainal Aalam Hassan Pengarah IAB bersama
Tn. Hj. Mustaffa Kamal Osman Ketua Pasukan Petugas Kenegaraan menyerikan lagi konvensyen ini. Pembentangan kertas kerja oleh dua tokoh akademik negara iaitu
Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abd Aziz, Fello Utama IKIM dan Prof. Madya Dr. Akmal
Khuzairy Abd Rahman, Pengarah Pusat Islamisasi UIAM menjelaskan Pendekatan
Wasatiyyah dalam pendidikan di Malaysia manakala Pasukan Petugas Pendidikan
Kenegaraan IAB diberi kepercayaan dan tanggungjawab sebagai urus setia perlaksana
bagi siri-siri program Wasatiyyah yang seterusnya.

SEMINAR NASIONAL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE 23 MELABUH TIRAI
Oleh: Abdul Razak Abdul Rahim,Institut Aminuddin Baki,Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bandar Enstek 18 Ogos 2016: Selama 3 hari lebih daripada 500 peserta warga pendidikan telah menghadiri Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke 23, yang telah berlansung di Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh Tan Sri Dr Khair bin Mohammad Yusuf, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Seminar tersebut mengandungi dua Ucaptama, 12 kertas kerja, 2 perkongsian amalan terbaik dan forum. Ucaptama 1 bertajuk Delivering Education in the 21st century: Staying Relevent, telah disampaikan oleh Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia. Manakala ucaptama 2 bertajuk Kompetensi Kepimpinan Baharu dalam Menghadapi Masa Hadapan, telah dibentangkan oleh Prof Tan Sri Dato' Zulkifli Abdul Razak, dari USIM.
Forum pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang bertajuk Kepimpinan berwawasan Menerajui Gelombang kedua PPPM 2016-20120: mendepani Cabaran, dijayakan oleh Tan Sri Dato, Seri Abdul Ghafar Mahmud, En Amiruddin Bin Saudi, YDP PIBG SK Setiawangsa serta Tuan Haji Jamaluddin Yaacob, Pengerusi Majlis Pengetua Sekolah Malaysia.
Dalam seminar yang sama sebanyak 12 kertas lain telah dibentangkan mencakupi pelbagai isu berkaitan dengan tema Kepimpinan Berwawasan Menerajui Gelombang kedua PPPM 2016-20120: Mendepani cabaran, yang di bentangkan oleh Dr Jefri Idris, Dr Ahamad Hussain, En Magavarnan a/l Jagadesan, En Mohd Taufik Mohd Tasriq dan sebagainya. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Pengarah Institut Aminuddin Baki, Dr Haji Zainal Aalam bin Hassan.




MAJLIS KOMENSMEN – NPQEL 2015 CEMERLANG
Oleh: Abdul Razak Abdul
Rahim,Institut Aminuddin Baki,Kementerian Pendidikan Malaysia.
foto oleh: Jamri & Siti Norhayati Mokti, PPT


Dalam ucapan perasmian Majlis Komenmen, KPPM
menegaskan tonggak kejayaan dan kehebatan sekolah mempunyai kaitan dengan kualiti pengurusan
dan kepimpinan pemimpin sekolah. Pelaksanaan program NPQEL adalah sejajar
dengan perkembangan pesat dalam bidang pendidikan di Malaysia dan seluruh dunia
yang memerlukan bakal pengurus dan pemimpin sekolah berpengetahuan dan
berkemahiran baharu untuk digunakan di sekolah. Program NPQEL adalah kaedah latihan yang dirangka bagi melatih dan
menghasilkan pemimpin yang berkualiti.
Majlis istiadat komensmen dimulakan
dengan acara perarakan masuk fakulti,nyayian lagu Negaraku, lagu Negeri
Sembilan dan lagu IAB. Pada majlis yang sama Pengarah IAB Puan Hajah Serina
binti Sauni telah menyampaikan ucapan alu-aluan meraikan kehadiran KPPM dan
TKPPM, pengarah- pengarah cawangan, Ketua –ketua Pusat, ketua-ketua
jabatan serta daif-daif jemputan
dan graduan penerima sijil NPQEL.
Latar Belakang NPQEL

Program NPQEL pada awalnya
dikenali sebagai Sijil Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (National
Professional Qualification for Headship [NPQH]) telah dilancarkan dengan
rasminya oleh Y.B. Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Menteri
Pelajaran pada 1 Jun 1999. Tujuan Program untuk membentuk satu kelompok
pemimpin pelapis yang bakal menerajui institusi pendidikan, khususnya sekolah,
ke tahap yang cemerlang dan terunggul dalam semua bidang pengurusan dan
kepimpinan pendidikan. Pada awal program ia dilaksanakan selama satu tahun. NPQH
1999 dirangka berdasarkan tiga faktor utama. Pertama, pengetahuan dalam bidang
pendidikan berkembang pesat di Malaysia dan di seluruh dunia. Hal itu memerlukan
bakal pentadbir sekolah di Malaysia memiliki pengetahuan dan kemahiran baru agar
selari dengan perkembangan dunia pendidikan.
Faktor kedua berkaitan pernyataan
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran pada tahun
1979 yang mengesyorkan penubuhan sebuah institusi pelajaran tempatan sebagai
pusat latihan kepada kepada
pentadbir - pentadbir sekolah dan pegawai Kementerian Pelajaran. Hal ini membawa kepada
penubuhan Institut Aminuddin Baki (IAB). Faktor
ketiga ialah pengaruh idea dan amalan berkaitan latihan profesional untuk
pentadbir-pentadbir sekolah yang diperoleh oleh pegawai tinggi KPM semasa
berkursus di luar negara dan kerangka latihan di Britain telah dirujuk untuk
menghasilkan modul Program Latihan NPQH.

Bermula tahun 2008,
program NPQH telah ditukar nama kepada NPQEL dan
Sijil NPQEL diberikan nilai taraf Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Pada 17 Mac
2011, mod pengajian NPQEL diadakan secara blended learning, iaitu secara
bersemuka (face to face) dan e-Pembelajaran dalam tempoh 5 bulan telah
diluluskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Secara keseluruhannya 20
kohort NPQEL telah dilatih dalam program
penyediaan bakal Guru Besar/Pengetua ini dengan jumlah graduan sebanyak 4343
orang. Daripada jumlah itu seramai 2167 graduan
sekolah menengah dan 2176 graduan sekolah rendah.
Kajian Impak keberkesanan program

Sebanyak 15 kajian impak
program NPQEL telah dilaksanakan oleh IAB dan bahagian-bahagian lain dalam KPM
termasuk kajian impak oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Dasar
Pendidikan (2005), telah
membuktikan bahawa kursus ini telah mampu menyediakan graduan NPQEL yang mempunyai
ilmu pengetahuan, kemahiran dan keterampilan yang diperlukan bagi mengurus
sekolah. Kajian Impak Program NPQEL Mod Baharu 2013 terhadap graduan NPQEL
menyimpulkan bahawa lulusan NPQEL mampu mengurus sekolah dengan berkesan.
Mereka lebih berkeyakinan dan berkemahiran dalam membuat keputusan,
menyelesaikan pelbagai masalah dan membuat penambahbaikan serta mengamalkan pelbagai pendekatan dalam mengurus
dan memimpin sekolah.
Sijil NPQEL prasyarat pelantikan Pengetua dan Guru Besar
Mulai 2014, Sijil
NPQEL menjadi prasyarat bagi pelantikan Pengetua dan Guru Besar seperti
mana termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Perkara
ini diwartakan dalam Syarat Baharu Pemilihan Pengetua dan Guru Besar dalam
Surat Siaran KPPM bertarikh 7 November 2013. Sehubungan dengan itu, maklumat
graduan program NPQEL serta analisis statistik telah diberikan kepada pihak
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM) KPM mengikut gred, negeri dan
jawatan bagi menyediakan barisan pemimpin pelapis pendidikan.
Nilai Tambah Sijil NPQEL
Untuk menggalakkan graduan NPQEL
menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Sehingga kini, Institut Kepimpinan Pendidikan (IKP)
Universiti Malaya (bertarikh 17 Julai 2013) dan Mesyuarat Majlis Dekan IPTA
ke-40 (bertarikh 8 November 2013) telah bersetuju untuk memberikan pengecualian
enam jam kredit bagi mengikuti Program Sarjana Kepengetuaan Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memberikan pengecualian lapan jam kredit bagi
mengikuti program Sarjana Pendidikan kepada lulusan NPQEL. Pengecualian kredit
ini merupakan insentif dan memberi peluang kepada semua lulusan NPQEL untuk
meneruskan kecemerlangan diri dalam usaha melonjakkan kecemerlangan pendidikan
negara. Program NPQEL merupakan satu inisiatif kepimpinan dalam Anjakan Kelima
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) untuk memastikan kepimpinan
berprestasi tinggi di sekolah.
Graduan Cemerlang

Dalam majlis yang sama empat perserta
telah dinobatkan sebagai graduan cemerlang NPQEL 2014 . Graduan sidang 1 kategori
sekolah menengah di sandang oleh Pn Noor Aza binti Abd Aziz dan kategori sekolah rendah di miliki oleh Encik
Ramanan a/l Arumugam. Bagi graduan sidang 2 kategori sekolah menengah di
sandang oleh Puan Noor Azhahhariah binti Zainon
manakala kategori sekolah rendah disandang oleh Puan Sarina binti Yahya.
LAWATAN PENGARAH IAB KE IABCGH: BIARLAH TINDAKAN SEKECIL MANA TETAPI BERMAKNA
Oleh: Aziah Samichan, Ketua Jabatan
Jabatan Penerbitan Dan Dokumentasi
Institut Aminuddin Baki
Cawangan Genting Highlands
Pengarah IAB Hjh Serina bt Sauni menerima cenderahati daripada Pengarah IABCGH |
Genting Highlands 27
April 2015: Warga IABCGH sangat bertuah
kerana pengarah IAB. Hjh. Serina binti Sauni, yang baharu dilantik telah hadir
dalam Majlis Perhimpunan Bulan Mei dan Amanat Pengarah IAB
Cawangan Genting Highlands (IABCGH). Turut serta dalam lawatan tersebut Timbalan Pengarah Khidmat Profesional, Tuan
Hj. Zulkurnaini bin Hussin dan Pendaftar, Pn. Norihan binti Mohamed Naim. Selesai sesi bergambar, pengarah dibawa ke tingkat 7
untuk mendengar taklimat pengurusan yang banyak berkaitan dengan bidang fokus
16 jabatan di IABCGH.
Majlis perhimpunan
bulan Mei dan Amanat Pengarah di adakan
diDewan Kuliah K144. Banyak atur cara telah disusun sempena majlis ini
termasuklah penyampaian surat lantikan, sijil penghargaan kepada wakil
IAB yang menyertai MESCA ke kejohanan badminton di Singapura dan sijil
penghargaan untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Majlis perhimpunan bulan
Mei diawalkan sempena kesudian pengarah hadir ke
IABCGH bagi memberi peluang warga IABCGH beramah mesra dengan lebih dekat
lagi.
![]() |
Pengarah IAB Hjh Serina bt Sauni menanda tangani buku pelawat. |
Kemuncak majlis tersebut
adalah amanat daripada pengarah yang
menyentuh tentang peranan setiap warga IAB. Beliau menekankan tentang apa
sahaja yang kita lakukan walau sekecil manapun, biarlah bermakna. Ungkapan
simbolik itu bermaksud walau di mana sahaja seseorang itu
ditempatkan dan mungkin dalam waktu yang singkat, pastikan setiap
tindakan tersebut bermakna. Oleh yang demikian, dalam masa terdekat ini,
pengarah akan membuat analisis persekitaran terlebih dahulu ke semua cawangan
IAB untuk melihat sendiri apakah tindak susul yang perlu diambil agar kelak ia
akan memberi makna.
Menyentuh tentang
signifikannya IAB dengan diri pengarah, beliau sangat berterima kasih dengan kewujudan
IAB kerana banyak membantu meletakkan beliau seperti ketika ini. Hal Ini
bermakna IAB telah berjaya melahirkan produk-produk yang mampu menyumbang
kepada kejayaan organisasi dalam Kementerian Pendidikan. Semasa ucapan
alu-aluan pengarah IABCGH Dr. Hj. Ahmad Rafee bin Che Kassim juga menyatakan
bahawa Hjh. Serina sangat dekat dengan IAB kerana banyak terlibat dengan
program IAB sebelum ini. Pengarah kemudiannya telah menhadiri majlis makan tengah hari, dan kemudiannya telah mengadakan
lawatan di persekitaran kampus IABCGH. Selepas itu beliau telah mendengar taklimat berkaitan OBB
sehingga lewat petang. Sesungguhnya, lawatan pengarah walaupun hanya
sehari di IABCGH amat dihargai kerana memberi banyak makna kepada
warga IABCGH.
IAB- BRITISH COUNCIL BEKERJASAMA ANJUR PROGRAM CONNECTING CLASSROOMS
Oleh: Mohd Zaidi
Basir , IAB Cawangan Genting Highlands
![]() |
peserta conneting classroom di IAB CGH |
Dalam program tersebut, pengetua-pengetua telah didedahkan
tentang aspek membawa elemen pengantarabangsaan ke sekolah masing-masing.
Aktiviti yang dirancang adalah menjurus
ke arah menjadikan murid sebagai 'global
citizenship' dan menerapkan unsur-unsur 'international
dimension'. Program ini dirangka khas bagi membuka minda pengetua agar
dapat menjenamakan semula program sedia ada atau program baharu di sekolah
sejajar dengan keperluan abad ke21.
LINCOLNSHIRE ENGLAND KE IAB
GENTING HIGHLANDS
Oleh: Aziah Samichan,
Jabatan Penerbitan Dan Dokumentasi,
Institut Aminuddin Baki, Cawangan Genting Highlands.
Tarikh 4 dan 5 Februari 2015 merupakan hari istimewa apabila IABCGH menjadi lokasi bengkel Capacity Building School
Leadership Training dengan kerjasama British Council.
Bengkel ini sangat bertepatan dengan
peranan IABCGH sebagai hab pengantarabangsaan. British Council telah menerbangkan Ms. Ann Burgess dari LINCOLNSHIRE, ENGLAND ke GENTING HIGHLANDS
dan kehadiran beliau benar-benar memberi makna
kepada semua peserta yang hadir dari seluruh cawangan IAB.
Apa yang dikongsi dan disampaikan oleh Ms Ann ialah konsep global dimension yang diamalkan di sekolah-sekolah di UK. Selain
itu, peserta secara beransur-ansur, dibawa untuk membincangkan secara lebih
terperinci kombinasi Global Citizenship dan International Dimension dan bagaimana untuk
diaplikasi di sekolah Malaysia.
Ms. Ann mengakhiri sesi bengkel dengan slot Leading
Happiness and well being dengan satu akronim yang perlu diingat iaitu
SHEEP.S-stay Safe,H-Be Healthy, E- Enjoy and Achieve,E- Achieve Economic
well-being,P- make a Positive contribution. Akronim ini terkandung dalam
matlamat utama ECM (Every Child Matters) yang merupakan salah satu polisi
penting berkaitan dengan kanak-kanak di UK.
Bengkel dua hari ditutup secara rasmi oleh Pengarah IABCGH, Dr.
Ahmad Rafee bin Che Kassim. Dalam Ucapannya, beliau merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Ms. Ann Burgess yang melapangkan masa, mengumpul kesabaran
dalam menempuh perjalanan beribu batu dari LINCOLNSHIRE,
ENGLAND ke GENTING HIGHLANDS semata-mata
untuk berkongsi ilmu. Beliau juga berharap agar semua peserta yang mengikuti program
ini akan bersedia untuk membantu IAB khasnya dalam mentransformasikan sistem
pendidikan negara seperti yang terkandung dalam PPPM (2013-2025).
Pre-Council UNESCO-IBE
By: Parimala a/p Thanabalasingam PDSP,
IAB Cawangan Genting Highlands.
IAB Cawangan Genting Highlands.


KOMENSMEN NPQEL 2014
MELAKAR SEJARAH
Oleh: NURFATIMAH
AWANG DA
JABATAN PENDAFTAR

Majlis Komensmen ini
dikelola Unit Penyelaras Program,
Jabatan Pendaftar untuk meraikan kejayaan 993
peserta NPQEL 2013 yang berjaya menamatkan pengajian.

PEMIMPIN KREATIF DAN INOVATIF MENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN
oleh: Dr.
Zarina Md Yasin, Siti Sapuri Abdul Samad dan Aribah Ishak
![]() |
Peserta tekun mengikuti Seminar Nasional |
Ketibaan Datuk Mary Yap Kain Ching Timbalan Menteri Pendidikan bagi menyempurnakan majlis perasmian dan melancarkan Program PRIme telah menghangatkan perjalanan seminar. Tema seminar adalah “Pemimpin Kreatif dan Inovatif Menjana Transformasi Pendidikan”. Beberapa kerja kerja subtema yang merangkumi beberapa dimensi telah dibentang dan dibincangkan. Kreativiti dan inovasi merupakan satu strategi yang berkait rapat dengan penambahbaikan sama ada individu, organisasi ataupun dalam konteks sesebuah negara. Sistem pendidikan dan budaya sekolah perlu menyediakan ruang supaya inovasi dan penambahbaikan berterusan dilakukan untuk menjamin kelestarian kecemerlangan organisasi sekolah.
![]() |
Penyampaian
cenderamata kepada Datuk Mary Yap Kain Ching Timbalan Menteri Pendidikan oleh Pengarah IAB |
KOLOKIUM KERJA MASTER TRAINER “ELM Coach: Kompetensi
Kritikal kepada Pengamal”
oleh: Manoharan dan Teh Kim Peng
![]() |
Peserta kolokium giat membuat perbincangan |
![]() |
Penyampaian cenderamata kepada pengarah IABCGH |
Seramai 67 orang
peserta yang terdiri daripada pensyarah
kanan Institut Aminuddin Baki, School
Improvement Partners (SIPartners+) , Fellow
Kanan dan Principal Coach telah
mengambil bahagian dalam wacana ilmu ini.
Kolokium ini berjaya menzahirkan satu kerangka kompetensi ELM Coach di samping mencapai objektif merangka domain-domain
kompetensi asas bagi proses Coaching for
School Improvement .