SYARAHAN
PERDANA WASATIYYAH 2017
ANCAMAN LIBERALISME, RADIKALISME DAN TERORISME DALAM
DUNIA ISLAM: PENDEKATAN WASATIYYAH SEBAGAI PENYELESAIAN
Oleh: MND-Pasukan Petugas Kenegaraan Institut Aminuddin Baki
KUALA LUMPUR: 13 April 2017, Pasukan Petugas Kenegaraan Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia diberi kepercayaan dalam mengetuai Jawatankuasa Tugas-Tugas Khas yang dipimpin oleh Tn. Hj. Zulhazmi bin Zakaria bagi menjayakan Syarahan Perdana Wasatiyyah 2017 yang dianjurkan oleh Institut Wasatiyyah Malaysia, Jabatan Perdana Menteri yang berlangsung di Royal Chulan Hotel. Syarahan Perdana ini disampaikan oleh YBhg. Sheikh Dr. Mohammad bin Abdul Karim Al-Issa iaitu Setiausaha Agung Muslim World League, yang didatangkan khas dari Arab Saudi. Antara intipati syarahan yang disampaikan oleh YBhg. Sheikh Dr. Mohammad Abdul Karim Al-Issa adalah penentangan terhadap pendekatan yang salah, teori-teori palsu, golongan-golongan ekstremis agama, Islam Fobia, ancaman pengganas Da’esh, IS di dalam dunia hari ini. Oleh yang demikian, usaha ilmiah, dan interlektual harus disinergi untuk membentuk azam Islami bagi membenteras slogan, dakyah dan pendirian yang bersifat ideologi dan mazhab palsu. Azam ini akan memelihara Islam dari unsur kemazhaban yang mengancam perpaduan dan kesatuan Islam. Sebagaimana di Malaysia yang mengamalkan metode Islam secara Wasatiyyah yang jauh dari kecelaruan, perbalahan mazhab yang menjadi tunggak kepada kesatuan negara Malaysia yang membawa kepada kemajuan dan keunggulan dalam sejarah Islam itu sendiri.
Oleh: Abdul Razak Abdul Rahim, PDSP, Bandar Enstek.
Jurufoto: Siti Norhayati Mokti, PPT
Jurufoto: Siti Norhayati Mokti, PPT
TANGAN DISAMBUT KASIH BERTAUT
Oleh:
Dr Akma Hj. Abd. Hamid,
En. Bahari Bin Tajuddin & En. Mohd. Dawi Bin Ithnin
Jabatan Pengurusan Hal Ehwal Murid dan Kaunseling,
Institut Aminuddin Baki, Cawangan Genting
Highlands
Kuala
Lumpur 9 Februari 2015: Program ‘tangan disambut kasih bertaut’ merupakan
lawatan psikososial pensyarah-pensyarah Jabatan Pengurusan Hal Ehwal Murid dan Kaunseling (JPHEMK)
IAB Cawangan Genting Highlands dan IAB Bandar Enstek ke Sekolah Bimbingan
Jalinan Kasih (SBJK), Kuala Lumpur. Program ini telah
berlangsung selama sehari diketuai oleh Ketua
Jabatan Dr Akma Abd. Hamid dan 11 Pensyarah Kanan. Program ini merupakan
salah satu aktiviti yang telah dirancang
sebagai salah satu aktiviti psikososial JPHEMK. Pentingnya program ini
adalah untuk memberi pengalaman sebenar kepada kumpulan pensyarah sebelum
mereka turun ke medan pengajaran bersama kumpulan pemimpin sekolah seluruh
Malaysia. Sepanjang program berlangsung banyak pengalaman dan pendedahan
diterima berhubung intipati penubuhan sekolah dan kaedah pengendalian
murid-murid yang boleh dikategorikan sebagai ‘istimewa’ ini.
Tujuan program ini adalah untuk menambahkan
pengetahuan terkini berhubung perkembangan penubuhan sekolah-sekolah
berkeperluan khas serta mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pensyarah
kanan IAB dan pihak pengurusan, guru-guru, pelajar-pelajar SBJK melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Di
samping itu dapat memberi pendedahan kepada pensyarah kanan IAB berhubung
dengan kehidupan anak-anak gelandangan yang di tempatkan di sekolah khas di
bawah KPM serta dapat meningkatkan pengetahuan dalam mengendalikan pelajar berkeperluan
khas supaya tidak tercicir daripada arus pendidikan perdana.

Kurikulum murid-murid di
SBJK tidak semuanya berfokus kepada akademik semata-mata tetapi bagi yang
cenderung kepada kemahiran mereka diberi peluang menerokai ilmu kemahiran
seperti masakan, kemahiran menjahit dan kemahiran bermain alat muzik.
Murid-murid ini diajar dalam suasana santai, supaya
mereka seronok dan tidak merasa tertekan.
Selepas
taklimat dan sesi lawatan ke kelas serta temubual bersama murid-murid SBJK, sesi
pelajar bersama-sama Pensyarah Kanan IAB pula dilaksanakan. Murid-murid dibahagikan
ini kepada tiga kumpulan iaitu peringkat menengah, rendah dan pra.
Peringkat menengah dikendalikan En Mohd. Dawi
Ithnin, Pn. Chai Sai Hoon dan Dr Akma Abd. Hamid. Murid-murid tersebut diberikan
suntikan semangat berfokus kepada
potensi diri. Paling mengkagumkan walaupun tidak mendapat pendidikan penuh
seperti murid-murid sekolah harian biasa, namun ada dalam kalangan murid ini
yang mampu membaca petikan dalam Bahasa Inggeris dengan tepat dan lancar,
mereka juga mampu menterjemahkan maksud perkataan yang dibaca. Keterujaan dan
keceriaan di wajah murid-murid tersebut jelas terpancar, apabila pujian dan
dorongan diberi kepada mereka. Walaupun pada peringkat awal semua menolak
memegang pembesar suara untuk membaca petikan kata-kata motivasi yang terpapar.
Namun apabila mereka dipujuk dan diberi kata-kata semangat, sikap rendah diri,
takut dan malu mula hilang dan masing-masing mempamerkan bakat untuk membaca
petikan yang terpapar.
Kumpulan
murid peringkat rendah dikendalikan oleh En. Indran Subrumaniam, Pn. Maizatul
Akma, Pn. Hong Boon Ching, Pn. Norita Ismail dan En Shawira Sulaiman. Mereka
memulakan aktiviti dengan salam perkenalan yang menekankan kepada konsep icebreaking iaitu dengan matlamat untuk
mengurangkan rasa gemuruh murid-murid ini yang kebanyakan kurang berkeyakinan
dan agak pasif untuk berinteraksi dengan orang luar. Melalui aktiviti-aktiviti
yang dijalankan sedikit sebanyak kelihatan perubahan sikap murid ini daripada
pemalu kepada lebih asertif dalam mengambil
bahagian setiap aktiviti dijalankan.
Kumpulan
ke tiga iaitu murid-murid pra sekolah. Pensyarah yang terlibat En Zakaria
Embong, Tuan Hj. Zain Abd. Karim, En Abdul Halim dan En. Bahari Tajuddin.
Kanak-kanak bawah tujuh tahun itu, lebih ditekankan kepada aktiviti dalam
memperkenalkan diri. Pada peringkat awal aktiviti kelihatan murid-murid kurang
aktif, mungkin kerana mereka melihat bukan guru biasa yang mereka kenal bersama
mereka tetapi keupayaan pensyarah menggunakan pendekatan memujuk bersama
aktiviti yang menarik membuatkan murid-murid ini mula aktif dan seronok dengan
aktiviti yang dijalankan.
Waktu tengahari, masa untuk
murid-murid makan tengahari, semua makanan disediakan di kantin sekolah.
Guru-guru melayan murid-murid ini dengan mesra dan membawa mereka beratur ke
kantin untuk menjamu juadah tengahari. “Adap orang memberi kita merasa,” begitulah
falsafah yang diambil oleh kepimpinan sekolah, Pensyarah Kanan dari JPHEMK, bersama pengurusan sekolah dan anak-anak Sekolah
Bimbingan Jalinan Kasih, dijamu makan tengahari dan program disudahi dengan
penyerahan cenderahati oleh Dr Akma Binti Hj. Abd. Hamid kepada pengetua SBJK.
Ketua
Jabatan JPHEMK merakamkan ucapan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam program ini terutama pihak
pengurusan, warga guru, staf, anak-anak SBJK serta
ke semua pensyarah kanan JPHEMK IAB Bandar Enstek
dan Genting Highlands yang telah memberi komitmen tinggi sepanjang program
berlangsung.
IAB JOHAN PERTANDINGAN BADMINTON MESCA 2015
Oleh:SHAWIRA B. SULAIMAN
Jabatan Pengurusan Hem dan Kaunseling
Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands
Pasukan Badminton IAB telah menyertai
Karnival Badminton Berpasukan Lelaki Persatuan dan Sukan
Kebudayaan Kementerian Pendidikan Malaysia (MESCA) 2015 yang
diadakan di Dewan Utama IPG Kampus Bahasa Melayu pada 28 Mac hingga 29
Mac 2015.
Pertandingan ini telah disertai oleh 20 pasukan
. Antara pasukan yang bertanding ialah pasukan IPG KBA, BPSM, BPK,
SSBJ, Audit,BTPV,SPT, IPG KBM, BBPA, JPT, LPM, BPG dan bahagian –
bahagian lain di dalam Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pasukan IAB telah diundi di dalam kumpulan A bersama dengan Pasukan
SPT ‘A’, IPG KBA ‘A’ dan BPSM ‘B’. Dalam pusingan awal,
Pasukan Badminton IAB telah menjadi johan kumpulan A.
Dalam perlawanan suku akhir yang dijalankan secara kalah mati,
Pasukan IAB Berjaya menewaskan Pasukan IPG KBA ‘C’ dengan keputusan 3-0.
Di peringkat separuh akhir Pasukan Badminton IAB ditentang sengit oleh
Pasukan IPG KBA ‘A’ di mana semua perlawanan berlarutan hingga ke set
penentuan. Alhamdullilah, akhirnya Pasukan IAB berjaya
menempah slot ke perlawanan akhir setelah menewaskan Pasukan IPG KBA ‘A’
dengan keputusan 2 – 1.
Perlawanan akhir juga berlangsung sengit di antara IAB dengan
LPM yang dibarisi oleh pemain – pemain yang mewakili Pasukan
Badminton MESCA. Berkat komitmen dan semangat waja pemain akhirnya Pasukan IAB
berjaya menumbangkan Pasukan LPM 2-0. Pasukan Badminton IAB,
muncul johan dalam pertandingan ini. Tahniah IAB, dengan
kemenangan ini, Pasukan Badminton IAB dapat mengekalkan kejuaraan 2 tahun
berturut – turut di Karnival Kejohanan Badminton MESCA. Kejayaan yang
amat membanggakan warga IAB serta mengharumkan lagi nama IAB .BOMBA PERIKSA BANGUNAN IAB oleh: PDSP, IABCGH
Emergency Response Team (ERT) Institut Aminuddin Baki merupakan satu
pertubuhan suka rela yang telah ditubuhkan pada tahun 2012. Salah satu tujuan
penubuhannya adalah untuk meningkatkan pengetahuan,
kemahiran menghadapi dan menangani risiko pelbagai jenis kemalangan atau
bencana alam yang berlaku dan melaksanakan program Khidmat Bakti Masyarakat.
Pada 9 Januari 2014 pasukan ERT IAB dengan kerjasama dengan Pasukan Bomba telah
melakukan pemeriksaan bangunan di IAB
Genting Highlands. Hasil pemeriksaan itu, pihak Bomba telah memberikan beberapa
cadangan untuk diambil tindakan. Antara cadangan tersebut adalah seperti alat
pemadam perlu digantung 3 kaki daripada lantai, label di Lif Bomba perlu
dipasang dengan segera, Telefon dan panel kecemasan serta Tolok tekanan (Pressure gauge) dan Panel Penggera
kebakaran ( First alarm panel) untuk
kegunaan seluruh bangunan IAB perlu menyelengggara dengan segera. Harapan agar
kerjasama yang terjalin antara kedua-dua belah pihak akan berpanjangan. 
KEHEBATAN SEKOLAH
oleh Periasamy a/l Ramasamy , IAB BANDAR ENSTEK
Pada 19 Februari 2014, pensyarah-pensyarah kanan IAB Genting Highlands
seramai 32 orang telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Sekolah Menengah Kebangsaan
Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak, Jerantut, Pahang(SMKPPPTR) sebagai
salah aktiviti TOT Perhubungan Luar Pengurus Sekolah (PerLU). Tujuan utama
lawatan tersebut adalah untuk mengenalpasti kepentingan Perhubungan luar dalam
pembangunan dan pencapaian sekolah. Mengikut pengetua, sekolah itu mempunyai perhubungan luar sangat baik dengan
pihak luar. Setiap tahun sekolah itu menerima sumbangan sebanyak RM30,000 dan
sumbangan Skim Tuisyen daripada pihak FELDA. Hasil kerjasama dan sokongan padu dari komuniti setempat sekolah SMKPPPTR berjaya memenangi banyak anugerah kurikulum dan kokurikulum di peringkat negeri dan kebangsaan. Sekolah SMKPPPTR juga telah berjaya membudayakan sekolah tanpa tong sampah dan mengamalkan pertukaran waktu matapelajaran tanpa membunyikan loceng. Selain itu sekolah SMKPPPTR telah mewujudkan jalinan dengan beberapa buah sekolah di peringkat antarabangsa terutama dengan Singapura. Sekolah SMKPPPTR juga mempunyai strategi untuk meningkatkan prestasi individu dan pasukan ke arah kecemerlangan pendidikan berkonsepkan “ One Family, One Vision and One Goal ”. Pada tahun 2013 sekolah SMKPPPTR telah dianugerahkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan.
KUANTAN KAMI DATANG
oleh; Faizatoen bt Hj Zulkernain &
Mohd. Amir Shaukhi bin Haji Ahmad
Pusat Penyelidikan, Penilaian
dan Teknologi Maklumat Komunikasi
Pada 3 hingga 6 Mac 2014, Pusat Penyelidikan dan
Penilaian dalam Teknologi Maklumat Komunikasi (PPTMK) telah berjaya menjalankan
program “Team Building” di BTPN
Kuantan, Pahang. Staf Ikhtisas dan Staf Sokongan bertolak ke Kuantan sama ada
dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak IAB Cawangan Genting Highlands
ataupun kenderaan sendiri pada pukul 9.00 pagi. Tujuan program ini adalah untuk
merapatkan lagi hubungan silaturahim antara staf ikhtisas baik yang senior
mahupun junior dan juga staf sokongan.
Pelbagai aktiviti ‘indoor’ dan ‘outdoor’
dijalankan peserta. Antaranya ialah ‘
Team Building Games’ , ‘Survival
Cooking Outdoors’ dan ‘Thinking
Games’. Aktiviti yang dijalankan memang mencabar minda dan sesuai dengan
objektif program ini. Pada akhir setiap sesi, kami sentiasa membuat refleksi
dan bebas memberikan pandangan. Hasil daripada perkongsian dan pengalaman
tersebut diharapkan agar staf ikhtisas dan staf sokongan dapat
melaksanakan tanggungjawab yang
diamanahkan oleh organisasi dengan jayanya secara berpasukan, berbudaya saing
dan membangun bersama-sama Institut Aminuddin Baki khususnya.
LAWATAN PENANDAARASAN
KE LEMBAGA
PEPERIKSAAN MALAYSIA(LPM)
oleh Indran
a/l Subrumanian JABATAN
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID DAN KAUNSELING (JPHEMK)
Pada 06 Februari 2014 seramai tiga belas orang pensyarah kanan JPHEMK yang diketuai oleh En. Mohd Dawi bin Ithnin (Ketua Jabatan) telah melawat Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) Putrajaya. Lawatan sehari ini berlangsung di Bilik Mesyuarat Dato’ Yaakop, Aras 7, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya. Pegawai LPM Dr. Zainuriyah binti Abdul Khatab telah memberikan maklumat yang berguna mengenai Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik di sekolah. LPM berasa bangga dengan komitmen JPHEMK dalam membantu mengendalikan pentadbiran Inventori Psikometrik akan dilaksanakan pada tahun 2014 di semua peringkat sekolah rendah dan menengah.
![]() |
| Penyampaian cenderahati kepada Dr. Zainuriyah oleh En. Mohd Dawi bin Ithnin |
Di samping itu, perjumpaan kedua-dua pihak dapat mewujudkan interaksi intelek yang telah membincangkan pelbagai isu dan penyelesaian dalam pentadbiran Inventori Psikometrik.
PROGRAM PENGHAYATAN ALAM
SEMULAJADI IAB DAN JABATAN ALAM
SEKITAR
(JAS)
oleh Pusat Dokumentasi dan
Sumber Pendidikan IABGH
Pada
22-26 September 2014 Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands telah
menganjurkan Program Penghayatan Alam Semulajadi dengan kerjasama Jabatan Alam
Sekitar (JAS) kepada Fasilitator Rakan Alam Sekitar Malaysia (RAMS) , Pegawai
dan pemandu JAS. Program ini mendapat kerjasama penuh daripada Pengarah IABCGH, Dr.
Hj. Ahmad Rafee bin Che Kassim, En. Muhamad Sauki bin Razali (pengurus), En. Ahmad Salihin bin Mat Saat (pengurus
bersama) dan tiga orang Ketua Jabatan IABCGH terdiri daripada En. Wan Samsudin
bin Wan Mohd. Salleh, Pn. Aziah binti
Adi dan Pn. Aziah binti Samichan. Program ini turut disertai oleh Dato’
Abu Hasan Mohd Isa iaitu Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, JAS di samping
sasaran utama peserta iaitu 60 orang
pemandu-pemandu JAS negeri dan Ibu Pejabat serta ahli- ahli Rakan Alam Sekitar
seluruh Malaysia.
Pelbagai
program berbentuk pendidikan dirancang untuk tujuan ini termasuklah program
bersama sekolah di SK. Kampung Pagi, jalinan mesra Kg. Tradisional, Kg. Pagi dan
lawatan ke perkampungan asli kaum Batek. Kedudukan sekolah yang jauh terpencil di pedalaman,
amat sesuai untuk dikunjungi dalam usaha merapatkan hubungan antara pihak luar
dan komuniti setempat. Semoga akan ada lagi program sebegini anjuran IAB dapat
dilaksanakan dalam usaha merapatkan lagi hubungan antara sekolah, komuniti,
badan kerajaan yang lain.







